SIAP BINA RESOURCES (LA0050149-T) adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Merupakan syarikat milikan 100% bumiputera. Bidang perniagaan utama syarikat ini adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan baru terutamanya kerja-kerja membina rumah banglo persendirian serta kerja-kerja meroboh dan baikpulih bangunan lama menjadikan bangunan tersebut lebih moden dan gah. Diasaskan pada tahun 2020 di Kemaman Terengganu, syarikat ini didokong oleh rangkaian tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang pembinaan bangunan.
Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dari Uitm Shah Alam dan berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang pembinaan bangunan. Antaranya dalam pembinaan rumah kediaman, pejabat, makmal, universiti dan hospital serta kerja-kerja lanskap.
Beliau merupakan seorang Pemeriksa Tapak (IOW) dalam bidang Senibina yang diperakui oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Selain itu juga, beliau adalah seorang Penyelia Tapak yang diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB)
Berbekalkan pengalaman dan kemahiran penyeliaan yang dimiliki, beliau bertekad untuk memajukan syarikat dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Beliau juga sentiasa berada di tapak demi memastikan kerja-kerja dibuat dengan betul dan berkualiti.